
Pesan guru marketing saya..
Sebelum nak buat iklan di
Facebook Ads, beliau pesan agar saya buat 2 benda ni:
a) Kenalpasti apa tujuan iklan
b) Faham flow iklan
Sebab, ramai yang buat iklan di FB Ads
hanya bazir duit jika tak buat 2 benda di atas.
Contoh..
Jika
tujuan anda buat iklan sebab nak orang klik website anda. Jadi, pilih
'website click / website conversion' masa setting iklan. .. Bukan
pilih 'page post engagement'.
Sebabnya,
jika pilih page post engagement orang hanya fokus untuk like, komen
& share post anda.. Bukan klik website anda!
Jadi
anda terpaksa bayar iklan untuk benda yang anda tak perlukan... sepatutnya
anda bayar untuk orang klik website anda.
Tapi
sebab anda silap setting, anda terpaksa bayar untuk orang like, komen
& share post anda.
Nampak?
Sebab
tak tahu tujuan iklan, anda boleh bazir duit iklan anda di FB
Ads!. Ini juga yang berlaku pada Rakan Saya masa beliau mula-mula
buat iklan.
Beliau tak jelas tujuan sebenar iklan beliau di
FB Ads. Hasilnya..Duit habis lebur. Untung entah kemana.
Lepas
pratikkan apa yang diajar..Beliau berjaya jimat kos iklan, dalam masa yang
sama berjaya tingkatkan keuntungan. Alhamdulillah.
Jika anda nak belajar teknik ini dengan lebih
praktikal, Sila Subscribe jika anda belum subscribe dengan klik button Subscribe
dibawah.
Tidak ramai yang dapat memanfaatkan kuasa LIKE di Facebook untuk
mengembangkan perniagaan mereka.
Seperti yang anda maklum, Facebook merupakan laman social yang
paling pesat berkembang dengan 955 juta pengguna yang aktif setiap bulan!! (sumber:
TeetCruch). Di Malaysia sendiri, kebanyakan syarikat perniagaan, artis, mahupun
pasukan sukan telahpun mempunyai akaun Facebook masing-masing.
Terdapat 3 entiti facebook yang mempunyai
kegunaan tersendiri iaitu, Profiles, Group dan Pages. Secara ringkasnya;
Profiles -
Nama Individu, Nama Syarikat atau Perniagaan.
Group - Group boleh
direka oleh individu yang sudahpun mempunyai akaun dan profiles di Facebook.
Ianya bole dibuat secara 'open" atau 'closed'. Group memudahkan
perhubungan diantara sekumpulan manusia dalam sesuatu bidang yang sama.
Pages- Pages biasanya
digunakan sebagai 'fan pages'. Berbeza dengan Group, pages tertumpu kepada
bisness, syarikat, ataupun mereka yang merancang menarik pengikut tersendiri
seperti penjual, artis dan ahli politik.
MENGAPA ' LIKE ' PENTING DALAM PERNIAGAAN ANDA.
1. Individu yang "LIKE " pages anda secara automatik
akan menjadi pengikut anda. Secara tidak langsung, anda dapat membina banyak
prospek dan membuat promosi dengan lebih mudah.
2. Apabila individu tersebut "like" pages anda, secara
automatic ia akan dilihat oleh friends individu tadi dan produk yang anda
tawarkan kemungkinan diminati oleh rakan mereka.
PS: Anda nak tahu bagaimana teknik untuk mensasarkan like oleh
orang yang benar-benar berminat dengan produk atau perniagaan anda sila
Subscribe nama dan email klik button Subscribe (lihat disebelah atas website
ini) jika anda belum subscribe.