Pages

First Name:
Email address:

Tutorial membina Fb FanPages



Siapa yang belum ada fanpages sendiri boleh buat satu.

Bagi yang dah ada FanPages tetapi kurang orang yang like. Mungkin berlaku kesilapan dari segi seting dan sebagainya..boleh belajar Teknik Asas FB Ads Klik Disini

Tutorial membina Fb FanPages

Sebelum saya terangkan kepada anda bagaimana mahu bina fanpage untuk bisnes anda atau untuk apa sahaja biar saya terangkan pengenalannya terlebih dahulu. Kita mulakan dengan apa itu fanpage.

Apa itu Fanpage

Fanpage adalah satu sub akaun yang anda boleh buka dibawah akaun profil Facebook anda. Tujuan asalnya adalah untuk berkongsi minat individu dengan individu yang lain. Namun oleh kerana Facebook telah meluas digunakan sebagai satu medium pemasaran maka Fanpage yang anda akan bina fungsinya adalah lebih kepada senjata untuk memasarkan produk yang anda ingin promosikan.

Kelebihan Fanpage

Kelebihan Fanpage adalah sama seperti blogspot. Hanya dengan satu akaun emel anda boleh buka banyak Fanpage. Cuma kelebihan Fanpage adalah sama seperti Facebook dimana sifat viral dan feature ‘like’ menjadikan tugas pemasaran anda akan menjadi lebih mudah. 

Berbanding blog yang mana anda mesti menarik trafik untuk mendapatkan pembaca, bagi Facebook trafik memang telah sedia ada dan tugas anda hanya nak menarik perhatian agar orang lain membaca dan ‘like’ seterusnya klik link produk atau servis anda. 

Anda mempunyai pelbagai produk dan servis untuk dijual? Memang sangat sesuailah kerana anda boleh bina spesifik Fanpage untuk setiap produk/servis anda. Namun dalam sesetengah produk/servis berkaitan yang tergolong dalam satu niche ianya masih boleh dipertimbangkan untuk dipromosikan dalam satu Fanpage (contoh: Baby Item – stroller, car seat, toys, baju baby etc). 

Bagi produk yang jauh berbeza, sangat tidak sesuai untuk dipromosikan dalam satu Fanpage yang sama (contoh: makanan kesihatan, tudung, bengkel kereta etc).

Cara Bina Fanpage

Membina Fanpage sebenarnya sangat mudah tetapi masih ramai yang belum tahu bagaimana nak membuatnya dan kunci yang paling utama adalah apa jenis Fanpage yang paling sesuai.

Untuk tutorial membina FunPage anda boleh lihat Tutorial membuat FanPage..Saya dah siapkan nota panduan. Sila klik disini 

Selepas berjaya membina FanPage sendiri barulah anda boleh meneruskan langkah seterusnya iaitu belajar teknik bagaimana mengumpul like di Facebook menggunakan FB Ads.

PS: Untuk teknik mengumpul likes di Fb sila Subscribe nama dan email (lihat dibahagian atas website ini) jika anda belum subscribe. Nanti saya share bagaimana teknik mengumpul like melalui email.